|
|

|
Kolostrum merupakan rembesan susu
awal yang dihasilkan oleh manusia dan lain-lain mamalia
sejenak selepas bayi dilahirkan dan digunakan untuk
menyusu si bayi itu. Manusia menghasilkan kolostrum
dalam tempoh 24 jam pertama selepas bayi dilahirkan tapi
kolostrum dari lembu dihasilkan dalam tempoh 48 jam
selepas anak lembu dilahirkan. Selepas bendalir pra-susu
atau kolostrum kelenjar mamalia dikosongkan, susu buah
dada pun terbentuk. Kajian saintifik menunjukkan
kolostrum serta susu buah dada mengandungi bahan yang
unik digelar Imunoglubin (IGS) yang memainkan peranan
penting dalam pembentukan mekanisme pertahanan
semulajadi iaitu sistem imunoglubin.
DOKTOR DALAM BADAN
Keimunan adalah siri antibodi yang
mempunyai ciri-ciri anti-infeksi seperti menangkap,
memerangkap dan meneutralkan virus, bakteria, yis dan
parasit. Antibodi ini dihasilkan bila badan manusia
terdedah kepada antigen (misalnya bakteria). Ia digelar
sebagai “ Doktor Di Dalam Badan” dan bertindak sebagai
barisan pertahanan terdepan serangan virus. Kekurangan
(IGS) akan melemahkan sistem keimunan dan menjadikan
badan kita lebih mudah mengidap penyakit.

KANAK-KANAK
Sebelum perbalighan (cukup umur),
sistem keimunan kanak-kanak tergolong dalam perkembangan
masa yang dipanggil "pramatang". Membina satu asas kukuh
untuk sistem keimunan dalam jangkamasa adalah mustahak
kerana sistem keimunan yang sihat bermula pada waktu
muda. Kolostrum dapat memainkan peranan penting dalam
perkembangan sistem keimunan yang sihat untuk
kanak-kanak. Beberapa kajian yangdijalankan menunjukkan
kanak-kanak yang diberi kolostrum akan mempunyai jasat
yang lebih sihat dan kuat bukan saja pada masa kecil
tetapi juga dewasa. Tambahannya, ia juga dapat
mengurangkan peluang berlakunya pengecutan perut,
usus-usus dan masalah pernafasan seperti asthma. |
DEWASA DAN ORANG TUA
Selain dari mempertahankan badan dari berbagai virus, sistem
keimunan kita juga mengawali keadaan sel, tisu dan organ.
Dalam putaran semulajadi badan, sel-sel akan menua dan
akhirnya mati. Sistem akan memperbaiki dan menyelenggara
sel-sel setiap saat sepanjang hari. Walau bagaimanapun,
kajian menunjukkan bila kita merentasi era perbalighan (cukup
umur), daya keimunan dan faktor tumbesaran kita pun menjadi
lemah. Oleh yang demikian,kita pun menjadi lebih mudah
mengidap penyakit dan memerlukan masa yang lebih lama untuk
memulih. Pengambilan kolostrum yang kerap boleh membantu
kita mengembalikan dan memaksimumkan sistem imum. Kolostrum
juga dapat memantap kadar metabolisme apabila diambil pada
masa di mana kita memerlukan daya jasad yang lebih dan
menghadapi tekanan jiwa.
MELAWAN INFEKSI BERULANGAN, DEMAM
SELESMA, FLU DAN INFEKSI TEKAK
Kolostrum mengandungi bahan unik yang mempunyai keupayaan
untuk meneutralkan bahan buangan bakteria dan virus
bertoksik. Dengan itu, ia pun dapat mengurangkan infeksi.
Kolostrum juga dapat memberangsangkan nodus limfa di
sepanjang saluran nasal (hidung) dan pernafasan. Andai kata
ia akan menggiatkan nodus limfa untuk menghasilkan Sel-B dan
Sel-T.Maka ia pun dapatlah membantu badan kita untuk melawan
virus. Oleh yang demikian, pengambilan yang kerap kolostrum
itu dapat menguatkan antibodi dan megurangkan risiko badan
kita terhadap penyakit-penyakit biasa seperti demam selsema,
flu, alergi hidung, sinusitis dan tonsillitis.
MENINGKATKAN DAYA PEMULIHAN PESAKIT
SELEPAS PEMBEDAHAN
Semasa mengalami penyakit tenat, perubatan terapi atau
pembedahan perlu dijalani, sistem keimunan dan sel-sel badan
kita akan mengalami kerosakan yang agak kentara. Kewujudan
faktor partumbuhan 1 dan 2 seperti insulin (IGF-1 dan IGF-2)
yang terdapat di dalam kolostrum akan mempercepatkan
sintesis protein. Oleh itu ia dapat memberangsangkan
pertumbuhan sel-sel, memperbaiki dan membina semula sel-sel.
Proses ini akan membantu kita pulih dari penyakit selepas
pembedahan.
MENGLAMBATKAN OSTEOPOROSIS
Osteoporosis berlaku apabila tulang merosot lebih cepat dari
keupayaan badan menggantikannya. Tulang boleh kehilangan
kalsium dan menjadi rapu, mudah retak apabila terdedah
kepada tekanan dan hentaman. Kolostrum mengandungi kalsium
yang boleh menguatkan tulang. Yang terpenting ia mempunyai
banyak Transforming Growth Factor (TGFS), iaitu sejenis
faktor pembina tulang yang hanya terdapat pada kolostrum
yang boleh meminimumkan kehilangan tulang. Andaikata ia
dapat melambatkan proses osteoporosis.
MENYELIAKAWAL GULA DARAH DAN KOMPOSISI
LEMAK
Faktor pertumbuhan 1 dan 2 semacam insulin (IGF-1 dan IGF-2)
di dalam kolostrum dapat membantu kita untuk memberangsang
pengangkutan glukosa ke dalam otot-otot dan merendahkan
paras gula darah di dalam badan secara semulajadi dan
selamat. Tambahannya, paras nitrogen juga boleh
diseimbangkan untuk mengurangkan lemak badan dan menggiatkan
otot kurus yang merupakan situasi yang lebih ideal untuk
mereka yang berprihatin terhadap berat badannya seperti
mereka yang mengalami kencing manis, terlalu berat dan para
atlit.
MENGIMBANGKAN SISTEM IMUN
|
Seperti
yang ditunjukkan di sebelah, sistem keimunan yang tidak
seimbang boleh membawakan akibat yang buruk terhadap
kesihatan anda. Misalnya reaksi lampau sistem keimunan
dapat menyerang sistem dalaman badan. Oleh yang demikian
ia akan menyebabkan penyakit auto keimunan seperti
kencing manis. Sel keimunan yang aktif lampau mungkin
juga akan bertindakbalas terhadap makanan seperti
makanan laut. Dengan itu menyebabkan reaksi alergi atau
ruam di luar badan. Kolostrum mengandungi protein unik,
iaitu PolyProline-Rich (PRP) yang dapat mententeramkan
sistem keimunan bereaksi lampau dan memberangsangnya
bila berada di bawah keaktifan. Ini mempunyai kesan
pengimbangan sistem keimunan danmembantu kita untuk
mengatasi kedua-dua ancaman luar dan dalam badan seperti
yang disenaraikan.
|
|

PENYEDIAAN
Tambah kuantiti yang disyorkan itu
ke dalam air suam (40ºC) atau air yang pramasak (225ml)
pada suhu bilik dan dikacau betul-betul. (Nota: Elak
menggunakan air panas kerana ia akan merosakkan
bioaktiviti produk Newco 9 dan mengurangkan kesan yang
dikehendaki.) Untuk rasa yang lebih sedap, tambah sama
ada air sejuk atau kurang sedikit air yang digunakan.
Newco.9 juga boleh dicampur dengan
bijirin, serbuk koko ataulain-lain bahan makanan pepejal.
Untuk pengambilan khas, silarujuk pada cadangan
penggunaan yang disyorkan di bawah ini:
Colostrum Powder
Kanak-kanak : 1 uncang sehari
Dewasa : 1-2 uncang
sehari
Bagi keimunan : 3-6 uncang sehari
yang rendah
Colostrum Booster
Kanak-kanak : 1-2 kapsul sehari
Dewasa : 2-3 kapsul
sehari
Bagi keimunan : 6-9 kapsul sehari
yang rendah
 |
|
|